Tentang Kita

Ramizan Bin RamliKuching,Sarawak.

Channel Kami

Blog Yang Berkaitan Dengan Ramizan Ramli baik blog keperibadian ... mahupun kemasyarakatan.

  • Ramizan Ramli

    Youtube Channels

    Youtube channel di cipta hanyalah untuk suka-suka dan sekaligus memperlajari sesuatu kemahrian rakaman dan pembuatan video..setiap video yang baru dicipta,In syaa Allah akan dimasukkan kedalam youtube channel Ramizan Ramli.

  • Aspirasi

    Aspirasi Shop

    Aspirasi Shop Atau Aspirasi Sarawak Adalah salah satu platform perniagaan sambilan yang saya lakukan disaat tiada pekerjaan.

  • Alfarizqi

    Kebajikan

    Akan Datang In Syaa Allah, Jika'Allah memberikan kemudahan dan perluang didalam menjayakan perancangan ini.

Kemahiran Kami

Saya berbangga dengan kemahiran yang saya miliki, walau tidak sehebat yang lain, tetapi kreativiti dan kelebihan semulajadi yang ada pada diri ini telah memberikan perluang untuk melangkah lebih jauh.

perkomputeran

Microsoft Words 50%
Microsoft Excell 45%
Microsoft P.Point 45%
Adobe After Effect 70%
Adobe Photoshop 70%
Website 75%

Perwatakan

Pemalu 90%
Pendiam 90%
Bersosial 50%
Suka Berkawan 80%
Bersederhana 70%
Baik 85%

Keperibadiaan

Update Later 50%
Update Later 50%
Update Later 50%
Update Later 50%
Update Later 50%
Update Later 50%

Pencapaian

i will update this Later,cooming soon, Thank You.

120

Update Laters

300

HAPPY CLIENTS

659

Youtube Subsciber

4452

FACEBOOK LIKES

LATAR BELAKANG & PENGALAMAN

Ruangan Latar Belakang dan pengalaman bekerja dan sebagainya.

PORTFOLIO

Himpunan kesemua Album dan Sijil yang berkaitan pekerjaan dan pendidikan.

Setiap Bahagian memiliki Password/Key yang hanya boleh didapati daripada saya sendiri.

Syarikat Atau majikan Boleh mendapati Password/Key di Kertas Resume yang saya gunakan untuk memohon pekerjaan.

  • Kanak-Kanak yang tabah

    Gambar Hiasan

       Pada suatu hari,ada seorang kanak-kanak lelaki yang tinggal di satu daerah terpencil yang bernama Daerah Basyirah,Kanak-Kanak tersebut bernama Muhammad Putra Alfarizqi dan lebih dikenali sebagai Putra.Putra merupakan anak tunggal daripada satu keluarga Miskin,Putra berusia 8 Tahun.didalam kehidupannya adalah penuh dengan suka duka yang sangat mencabar jiwa dan raga.manakan tidak,didalam kesempitan hidup yang " kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".

       Hampir setiap harinya ,Putra sering kali bermain-main bersama kawan-kawannya di padang permainan.Putra merasa sangat gembira ketika bermain-main bersama kekawan,Namun siapa tahu,didalam kegembiraan Putra terselit seribu kesedihan dan pengharapan.ya,walaupun Putra anak tunggal,namun kerana kesempitan hidup.Putra sering kali merasa kekurangan,Kekurangan makanan,Kekurangan keperluan harian dan sebagainya.Hanya saja Putra bersyukur kepada Allah s.w.t,diatas setiap segala kekurangannya itu,dia tidak pernah merasakan kekurangan didalam kasih sayang seorang ibu dan kasih sayang seorang ayah.

       Ibubapa putra tahu bahawa mereka tidak mampu memberikan harta benda dan tidak mampu memberikan segala apa yang Putra harapkan.Hanya saya kasih sayang sajalah yang mampu mereka berikan sepenuh hati.Walaubagaimanapun,Putra yang baru berusia 8 tahun itu mengerti kenapa dan mengapa ,Sepastinya kerana kesempitan hiduplah menjadi jawapannya.

       Tidak diduga,Pada suatu hari,ketika Putra sedang terjaga dari tidurnya,dia terdengar perbuatan Ayah dan Ibunya ,Putra berpura - Pura tidur pulas disaat itu sambil mecuri dengar apa yang di bicarakan oleh kedua Orang Tuanya.didalam perbualan tersebut menyatakan :

    Ayah : Ibu,jangan terlalu banyak bekerja.ibu tahukan bahawa kesihatan ibu itu tidak begitu baik.

    Ibu : ya Ayah,Ibu tahu,tapi jika ibu tidak bekerja dengan lebih giat,bagaimana kita nak mendapatkan rezeki agar kita dapat membeli segengam beras untuk Putra makan.Ayah juga sekarang pasti belum menjamah sebarang makanan,Bukan..?

    Ayah : tidak mengapa ibu,ayah rela tidak makan,ayah rela berlapar,asalkan anak kita Putra dapat makan dengan sekenyangnya dan tumbuh besar dengan sihatnya.

    Putra : ( dalam keadaan perpura tidur ) ,Putra mengalirkan airmata setelah mendengar perbualan ibu dan bapanya.Putra merasa bersalah kerana selama ini Putra tidak menyangka bahawa segala makanan yang dia makan tidak mencukupi untuk keluarganya,malah lebih membuatkan Putra merasa sedih apabila dia teringat bahawa ,disaat Putra makan,dia tidak mengetahui bahawa ibubapanya juga belum makan dan putra tidak pernah bertanyakan tentang itu kepada kedua orang tuanya.putra meneruskan untuk mendengar perbualan ibubapanya.

    Ayah : ibu ,berhentilah dahulu,ibu pergilah tidur,sekarang sudah lewat malam.ayah bimbang akan kesihatan ibu.sebentar lagi ayah akan keluar mencari rezeki untuk di jual,agar ayah bisa membeli ubat untuk ibu.

    Ibu : baiklah ayah,ayah..jaga diri dan berhati - hatilah ya..

    Putra : ( melanjutkan tidurnya dalam keadaan airmata yang tidak putus mengalir.

    ......................................................................................................

    Keesokkan Harinya,

       Putra keluar rumah dan menuju kesatu tempat yang menjadi tempat rahsia untuk Putra menenangkan fikiran disaat kesedihan.di tempat rahsia itu,berada diatas bukit berhadapat dengan tasik yang airnya biru dan jernih sekali.disana,Putra duduk sendirian dan memikirkan bagaimana cara untuk membantu ibu bapanya agar tidak kelparan hanya kerana Putra dan agar dapat membelikan ibunya ubat agar cepat sembuh seperti biasa.ini kerana,Putra tidak pernah tahu bahawa ibunya sedang sakit.Sehingga dia mendengar perbualan kedua orang tuanya semalam.

    Putra berfikir penuh kebuntuan
    ditemani dengan bunyi burung- burung berkicauan
    hatinya sebak ketika mengenangkan
    nasib keluarga yang sering kesempitan

    Putra berusia 8 Tahunan
    namun memiliki pemikiran yang sangat membanggakan
    niat dihati ingin membahagiakan
    kedua orang tua penuh keikhlasan

    Sekian lama duduk termenung
    memikirkan cara untuk melestarikan
    impian dan harapan keluarga tersayang
    akhirnya puta mendapat satu jalan penyelesaian

       Setelah sekian lama Putra memikirkan cara untuk membantu ibubapanya agar tidak merasa risau akan dirinya.Putra bercadang untuk pergi kekampung berdekatan untuk mencari pekerjaan tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

       Tanpa membuang masa ,Putra terus menuju ke destinasi iaitu ke kampung bersebelahan yang jauhnya kira-kira 20 minit berjalan kaki .Putra meredah semak-samun dan tidak mengendahkan segala kekangan mendatang.akhirnya Putra tiba kekampung Insyirah.ketika berada di perkampungan Insyirah.Putra mengalami satu lagi cabaran iaitu cabaran untuk mencari pekerjaan.telah banyak tempat dan rumah serta kedai - kedai dia kunjungi untuk meminta pekerjaan yang mampu dia lakukan.namun tiada seorangpun yang sudi menerimanya untuk bekerja.ini kerana Putra hanyalah seorang budak lelaki yang berusia 8 tahun.

    Update later...

  • Tiga Sahabat Maya

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Pengenalan :

       Ini cerita tentang tiga sahabat,tiga lokasi dan tiga keperibadian.Sahabat pertama bernama Mohd Hamid,Sahabat kedua bernama Siti Latifah dan sahabat ketiga bernama Remy.
    Persahabatan mereka semuanya bermula dari laman sosial muka buku.Hamid lebih dikenali sebagai Pak cu,manakala Siti Latifah lebih dikenali sebagai Olif dan Remy dikenali sebagai Remy / Zan.
    Remy merupakan watak utama didalam cerita ini kerana Remy adalah seorang yang menulis Perjalanan Cerita Tiga Sahabat Maya.

       Pada suatu hari,Remy melayari sebuah laman sosial yang dikenali sebagai muka buku atau nama famousnya adalah facebook.Ketika Remy melayari Laman muka buku.Tanpa sengaja Remy telah mengenali dua insan yang memiliki keperibadian yang baik dan sangat menghargai setiap saat perkenalan.ya,walaupun perkenalan ini hanyalah melalui muka buka aka alam maya,tidak bertentangan mata,tidak bersua muka dan tidak bersentuhan antara sesama.Tetapi perkenalan di antara tiga sahabat ini begitu unik dan penuh dengan kesetiaan dan kedamaian..

       Pak cu ( Hamid ) adalah seorang lelaki yang paling berusia atau lebih tua daripada Remy dan juga Olif..Pak cu berasal daripada Semenanjung Malaysia.Manakala Olif seorang wanita cantik yang berasal daripada Indonesia dan Remy berasal daripada Wilayah Borneo atau lebih dikenali sebagai Sarawak.

       Update Later
  • Kehidupan Remy


    I)
    .
    Ada seorang budak lelaki yang cute dan manis wajahnya...budak lelaki tersebut berbadan kecil berpewatakkan yang agak lembut,budak tersebut bernama Remy ( Nama Samaran ) .. Remy seorang anak yang hidup susah pada saat dia kecil...bapanya hanyalah seoarang buruh kasar manakala ibunya seorang penjual kuih dirumah...
    .
    Pada suatu hari,remy bersama - sama ibunya dibahagian dapur rumah yang tiada berdinding ( beranda dlam bahasa sarawak @ mungkin kaki lims bagi sebutan semenanjung) ..
    .
    Remy dan ibunya berborak bicara dengan gembiranya sambil melihat ibunya sedang menyapu bahagian dapur tanpa dinding tersebut...
    .
    Suasananya yang mendamaikan kerana rumah remy sekeluarga berada di tepian sungai sarawak..
    .
    Tiba tiba sesuatu yang diluar keinginan telah berlaku..ibu remy yang sesang asyik mengemas telah terjatuh kedalam sungai dan tengelam hanya menampakan rambut yang terapung..
    .
    Remy merasa serba salah...tidak tahu apa yang ingin dilakukan..remy menjerit jerit memanggil bapa diruang hadapan tapi mungkin tidak di dengari..akhirnya remy mengambil keputusan utk menarik rambut ibunya sehingga kepalanya melepasi paras air sungai...ini kerana sesuatu benda yang berat jika berada didlam air..pasti jadi mudah dan ringan..namun malangnya kekuatan remy yg masih kecil itu hanya mampu menarik setakat itu sahaja..tapi syukur..selepas itu bapa remy datang dan membantu mengangkat ibunya remy keatas semula..
    .
    ( selepas kejadian remy x ingat apa yg berlaku ) 
    .
    Selepas beberapa hari kejadian..semuanya kembali seperti biasa..tetapi kesedihan tetap dirasa..ibu remy yang gagah perkasa menjadi lumpuh separuh badan disebelah kiri...dari paras atas sehingga kebawah..hanya sebelah kanan sahja berfungsi...
    .
    Sejak itu,hari demi hari segalanya berubah...
    .
    (II)
    .
    Remy memiliki 5 beradik dan remy merupakan anak bongsu didalam adik eradik tersebut..
    .
    Setelah kejadian tersebut,bapa remy terpaksa bekerja keras untuk menyara kami 5 beradik..dia ayah dialah ibu..namun setelah beberapa bulan..ibunya remy sudah merasa kuat kembali..dia mulai belajar berjalan jalan meniti niti dari dinding kedinding...kerana kesukaran bergerak..dia menyuruh bapa membuat bilik di bahagian dapur utk memudahkannya pergi memasak dan ketandas..
    .
    Itulah pengorbanan seorang ibu,walau sakit walau sukar mana sekalipun utk melakukan sesuatu perkara..diwajahnya hanya ada satu raut kelihatan iaitu senyuman...sesulit mana kehidupannya..dia tetap tersenyum dgn wajah manis...
    .
    Pada suatu saat..bapa remy mengalami masalah utk menjaga anak anaknya yang semuanya masih kecil saat itu...bapa remy mengambil keputusan utk memberikan remy pada org lain utk dijaga..remy terasa sedih tapi nasib menyebelahi..penjagaan dari org lain tidak lama..kerana abg sulongnya remy tidak mahu remy selaku adiknya diberikan pada org lain..dia mengambil remy kembali..
    .
    Tetapi masalah tetap mendatang dari segi kewangan..akhirnya remy telah dihantar ke kampung yg jauh dari keluarga..remy dijaga oleh adik kepada ibu remy iaitu usu ..remy bersekolah disana dari tahun 1 sehinggalah tahun 3..kerana didikkan yang tegas dan hanya difokuskan pada pelajaran..remy menjadi anak yang cerdik pada saat itu..ttapi segalanya berubah..apabila remy berads ditahun 3..dia mulai memberontak akibat kerinduan yang mendalam pada keluarga..remy selalu ponteng sekolah dan sebagainya...
    .
    Lama kelamaan...akibat kenakalan itu,usu remy tidak tahan dan menghantar remy kembali kerumah org tua..remy merasa teruja dan bersekolah di kpg halaman ibu dan bapa..
    .
    Remy dihantar ke sekolah rendah kebangsaan gersik kuching sarawak..dari situ remy bersekolah seperti biasa..tapi ntah kenapa..ianya tidak bertahan lama...kerana hasutan kawan kawan..pengaruh rakan sebaya..remy malah semakin nakal..menjadi malas untuk belajar..swlalu ponteng saat fardhu ain dan sebagainya...
    .
    Sehingga suatu saat remy mengenali satu permainan bernama ps1 dan komputer...rwmy menjadi leka terhadao game game dan tertagih bermain dan bermain..semua duit persekolahan habis digunakan utk bermain game sahaja..
    .
    (III)
    .
    ( bermula kehidupan yang diluar kawalan - menjadi anak jahat dan maybe derhaka pada ibu ) 😭😭😭 Ya Allah..ampunilah dosaku atas kejahilan dan kekhilafanku pada ibundaku..
    .
    Sejak mengenali game tersebut melalu kawan kawan persekolahan..remy hanya datang kesekolah pada saat sekolah pagi tetapi setiap kali kelas agama dijalankan remy selalu ponteng ke sebuah rumah usang yang berada dikampung berdekatan..
    .
    Bila cukup jam..remy akan kerumah kawan utk mengajak mereka bermain game bersama sama...lama kelamaan duit yang sedia ada merasa tidak mencukupi...kerana terasa sekejap sahaja bermain masanya telah tamat..
    .
    Dari pada situ,bermulahlah remy menjadi anak jahat dan durhaka pada ibunya...remy tahu ibunya sakit lumpuh separuh badan,bekerja membuat kuih hanya menggunakan sebelah tangan..hasil jualan ibu remy simpan dalam satu peti kecil ( peti tembaga ) tapi anak jahat berperangai syaitan telah mengambil kewangan itu dari jumlah sedikit lama lama menjadi semakin banyak..semua wang yang di ambil hanyalah digunakan utk bermain game bersama sama kawan kawan...akhirnya suatu hari,ibu remy mengetahuinya...dia sangat sedih ,marah dan menangis diatas kelakuan remy..namun remy yang saat itu berusia 11 tahun tidak ambil perduli...dia hanya tahu keseronokkan semata mata..
    .
    Sehinggalah satu saat..ketika remy sedang asyik bermain game di cyber,abg remy no 2 dtg dan terus memukul remy di khalayak ramai serta menarik remy pulang kerumah..sebaik tiba di rumah..remy dimarahi lagi oleh ibu remy dengan menggunakan sikat rambut,ntah mengapa..walau dipukul dengan sikat..sakitnya teramat sangat...remy pun menangis..menangis kerana sakit atau menangis kerana melihat ibu yang pertama kali marah sehingga pertama kali memukul anaknya...
    .
    Sejak kejadian itu,remy tidak lagi mencuri dan kurang berteman dengan kawan yang suka bermain game tadi..akhirnya masuk umur 12 ..remy berada di kelas 6.menemui kawan baru dgn perangai baru..remy masih sering ponteng tetapi tidak lagi mencuri..remy ponteng ketempat yang lebih jauh dari rumah dan persekolahan.pergi mandi kolam dan sebagainya...
    .
    Bleh dikatakan remy hanyut didalam pelajaran..tidak lagi bijak pandai ketika berads dikampung bersama usunya dulu..hanyut dibawa arus kehidupan..
    .
    Semuanya berlarutan sehinggalah hampir saatnya upsr tiba...................................
    .
    Syukur Alhamdulillah,pada bulan pada bulan 9 pada saat itu,remy merasa sedikit demi sedikit telah berubah dgn sendirinya..berniat utk menjadi anak yang baik...remy juga tidak tahu kenapa perasaan itu tiba tiba hadir didalam hati..sejak itu remy selalu bermanja dgn ibu,bergurau dgn ibu,duduk bersama dalam bilik bersama ibu,kerana ibu x bisa berjalan..maka kmk hanya duduk melepak dlm bilik melihat tv bersama sama...sekaligus pada masa yang sama,ibu selalu mengatakan kata kata yang tidak remy sukai..sgt benci dan benci dgn kata kata itu,kata katanya ringkas tapi tidak disukai utk didengar..iaitu "nak,sik lamak gik mati mak nak)
    .
    ( maksud dalam malaysia- nak singkatan dari anak atau gelaran utk anak anak - contoh : adik, tidak lama lagi mati ibu,adik )
    .
    Bayangkan seorang ibu yang sering mengatakan dia akan mati berulang ulang kali..setiap kali bersama ayat itu sering diucapkan..seolah olah dia ingin menyuruh remy membuat persiapan mental dan fizikal utk menghadapi kejadian itu..😭😭..remy membalas kata katanya." Mak,boh kata mcm ya..mati Allah tentukan,bila bila masa kita boleh mati," - ( ibu jangan kata macam tu,kematian Allah tentukan,bila bila masa kita boleh mati) setiap kali ibu katakan mati..setiap kali remy ulang ayat yang sama..
    .
    Akhirnya pada oktober bulan kelahiran remy kedunia...beberapa hari lagi hari kelahiran tiba..ntah kenapa pada hari khamis waktu malam tu..remy memasak dua bungkus mee..satu utk remy satu untuk ibu...tapi sedih ibu xnak makan..dia xda selera..remy rasa sedih dan memujuk ibu utk makan..akhirnya dia makan walau sedikit dgn disuapi oleh remy 😭...pada malam itu jugalah..malam terakhir remy bersama ibu..
    .
    Pada hari jumaat jam 3 pagi bulan oktober..ibu telah pergi buat selamanya ...kepergiannya saat dia tidur..
    .
    Ya Allah...didalam hati remy," aku baru ingin bertaubat padamu ya Allah,aku baru ingin merasai kasih sayang seorang ibu yang selama ini aku sia siakan..tetapi ternyata ianya hanyalah sementara..engkau telah mengambil ibu dariku,namun aku bersyukur padamu ya Allah,kepergian ibu ketika aku telah berubah menjadi lebih baik,jika saja kepergian ibu disaat aku masih menjadi anak yang nakal,jahat,mencuri,suka ponteng sekolah ..adakah ia tenang utk berjumpa dgnmu,ibu maafkan anakmu"
    .
    Sejak hari itu,bulan oktober adalah bulan tragedi buatku,hari ulang tahun kelahiranku tidak lagi bermakna bagiku,kerna hadiah ku dpt saat berusia 12 tahun..adalah kehilangan ibu yg tersayang dan sekaligus kehilangan kasih sayang yang aku perisa siakan..
    .
    ....setelah upsr aku telah bersekolah di sekolah menengah tun abg haji openg
    .
    (IV)
    .
    Pengajarannya
    .
    wahai pembaca sekalian,tidak kira berapapun usia kalian,
    .
    sayangilah ibubapa ketika mereka masih bernyawa,
    binalah kenangan terindah bersama orang orang yang dikasihi,
    tuailah kasih sayang sebanyak banyaknya ketika masih berkesempatan,
    hormati dan dengarilah nasihat mereka,
    .
    jangan menjadi anak durhaka dan nakal pada orang tua apalagi ibu kita yang telah melahirkan kita kedunia,
    .
    ingatlah apabila mereka tiada,tidak akan ada insan lain yang dapat menggantikan paras waj ibu,kasih sayang ibu yang melahirkan kita..
    .
    ...... jgn jadi seperti Remy disaat kecil,banyak mempersia siakan segala perluang yang ada.
  • Update 26 March 2019


    Harap maaf kerana saya tidak dapat mengupdate blogger ini dengan sempurna diatas keterbatasan atau ketiadaan internet yang mencukupi kelajuannya..

    Penggunaan Hp begitu rumit dan sulit untuk mengupdate sebarang information yang baru..

    Terima kasih..

    Yang benar Ramizan Ramli
    Kuching, Sarawak
  • Memohon Maghfirah

    Padamu Ku Mengharap Magfirah




    Ya Allah,

    Hamba meminta ke Ampunan darimu,
    Hamba meminta di berikan kekuatan untuk terus bersujud kepadamu,
    Hamba mengharap hidayah dan rahmatmu,



    Ya Allah,

    Telah banyak hamba melakukan dosa,
    dosa-dosa yang tiada dapat di perhitungkan lagi,
    Hamba meratapi kesalahan diri,
    Ampuni Hamba Lindungilah Hamba dari segala-galanya...



    Ya Allah,

    Menitis airmataku menggenangkan,
    segala kesilapan dan dosa yang pernah hamba lakukan,
    adakah keampunan masih terbuka luas untukku Ya Allah..
    Kehidupan ini penuh cabaran,
    Membuat hamba hilang kawalan,



    Ya Allah,

    Hamba memohon maghfirah dari-MU
    Hamba takutkan neraka-MU namun
    Hamba juga tidak layak untuk Syurga-MU



    Ya Allah,

    Engkau Berilah apa yang terbaik buat hambamu,
    Hamba hanya Redha dan Tawakal Dengan Ketentuan Dari-MU


  • Kisah Empat Lilin


    KISAH 4 LILIN  ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATU RAHIMAHQUMULLAH AMMA BAQDU YA SHODIQI 
    SEMOGA SIHAT SELALU PEMBACA SEMUANYA 

    ******************************

    ADA 4 LILIN YANG MENYALA
    SEDIKIT DEMI SEDIKIT HABIS MELELEH
    SUASANA BEGITU SUNYI
    SEHINGGA TERDENGAR PERCAKAPAN MEREKA

    ******************************

    YANG PERTAMA BERKATA :
    "AKU ADALAH PERUBAHAN"
    Namun manusia tak mampu berubah menjadi lebih baik,
    mereka terlena dengan kesenangan mereka
    dan lebih Bermalas-malasan
    maka lebih baik aku memadamkan diriku saja !

    DEMIKIANLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT LILIN PERTAMA PADAM 

    ******************************

    YANG KEDUA BERKATA :
    "AKU ADALAH IMAN"

    Sayang aku tak berguna lagi,
    manusia tak mahu menggenalku,
    beribadah pun tak mahu tepat waktu
    hanya karena mementingkan hobi dan kesenangan dunia mereka
    untuk itulah tak ada gunanya untuk aku terus menyala!

    BEGITU SELESAI BICARA,TIUPAN ANGIN MEMADAMKANNYA.

    ******************************

    DENGAN SEDIH GILIRAN LILIN KETIGA BICARA :
    " AKU ADALAH CINTA "

    TAK MAMPU LAGI AKU UNTUK TETAP MENYALA.
    MANUSIA HANYA MENCINTAI KEKASIHNYA SAJA
    DAN TERKADANG MEREKA MENGABAIKAN ORANG YANG
    JELAS MENYAYANGINYA,
    IAITU ORANG TUA DAN KELUARGANYA !

    TANPA MENUNGGU WAKTU LAMA,MAKA MATILAH LILIN KETIGA

    ******************************

    TANPA TERDUGA...

    SEORANG ANAK SAAT ITU MASUK KE DALAM KAMAR,
    DAN MELIHAT KETIGA LILIN TELAH PADAM,
    KARENA TAKUT AKAN KEGELAPAN ITU,
    IA BERKATA :

    "apa yang terjadi ?? !!!
    Kalian harus Tetap menyala
    aku takut akan kegelapan !!

    lalu ia menangis tersedu-sedu

    ******************************

    LALU DENGAN TERHARU LILIN KEEMPAT BERKATA:

    JANGAN TAKUT
    JANGANLAH MENANGIS,
    SELAMA AKU MASIH ADA DAN MENYALA,
    KITA TETAP DAPAT 
    SELALU MENYALAKAN KETIGA LILIN LAINNYA..

    DENGAN MATA BERSINAR, SANG ANAK
    MENGAMBIL LILIN HARAPAN,
    LALU MENYALAKAN KEMBALI KETIGA LILIN LAINNYA

    ******************************

    APA YANG TIDAK MATI HANYALAH HARAPAN YANG ADA DALAM HATI KITA
    SEMOGA DAPAT MENJADI ALAT,SEPERTI SANG ANAK TERSEBUT,
    YANG DALAM SITUASI APAPUN
    MAMPU MENGHIDUPKAN KEMBALI
    "IMAN,CINTA DAN PERUBAHAN DENGAN ADANYA HARAPAN DARI MAHA ESA"

    KITA MEMILIKI KEMAMPUAN
    UNTUK MENYALAKAN SEMANGATNYA DEMI
    MENGHIDUPKAN IMAN,CINTA DAN PERUBAHAN
    DENGAN HARAPAN DARI YANG MAHA MEMILIKI SEGALANYA... !!!!

    JAGALAH HARAPANMU AGAR MAMPU MENJAGA KETIGA CAHAYA HATIMU

    JUM TERUS MENYEMARAKKAN API HARAPAN KITA AGAR TERUS MENYALA SELAMANYA

    ******************************

    BERSAMA-SAMA KITA DOAKAN SEGALA YANG DI HARAPKAN MENJADI KENYATAAN DAN MEMBERIKAN PERUBAHAN KEHIDUPAN KITA MENJADI LEBIH BAIK..
     PEACE NO WAR

  • Pengorbanan Seorang Abang


    Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu....hmmm..;(

    Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

    2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..

    Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

    “Khas buat abangku, Abg, ko ingat lagi x.. 

    Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

    Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

    “ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

    Ko ingat x..

    Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

    Abg, ko ingat x..

    Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

    Abg, ko ingat x..

    Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

    Abg, ko ingat x..

    Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

    Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

    Abg,

    Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

    Salam sayang,

    Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

    “Khas buat abangku,

    Abg, ko ingat lagi x..

    Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

    Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

    “ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

    Ko ingat x..

    Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

    Abg, ko ingat x..

    Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

    Abg, ko ingat x..

    Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

    Abg, ko ingat x..

    Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

    Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

    Abg,

    Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku.. 

    Salam Sayang,


    Adik.”
    Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..
    Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

    Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

    “Assalamualaikum..

    Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
    Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

    Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

    Adikku sayang..

    Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

    Adikku sayang..

    Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

    Adikku sayang..

    Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

    Adikku sayang,

    siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

    Adikku sayang,

    aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

    Adikku sayang,

    Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..


    Adikku sayang..

    Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

    Sayangku..

    Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

    Adikku sayang..
    Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

    Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu,
    TERIMA KASIH.

    Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman,
    TERIMA KASIH

    Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku,
    TERIMA KASIH.

    Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja,
    TERIMA KASIH.

    Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, 
    TERIMA KASIH.

    Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, 
    TERIMA KASIH.

    Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, 
    TERIMA KASIH.

    Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, 
    TERIMA KASIH.

    Adikku sayang..

    sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

    Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya.. 

    Salam sayang sedalam-dalamnya,

    Abang.”

    Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

    Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu.

    Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…


  • RAMIZAN RAMLI

    Hye'Ringkasan dari segalanya..blogger ini belum siap sepenuhnya..mengambil masa untuk mengupdate..tq

    Hubungi Kami

    Untuk pertanyaan, anda boleh menghubungi kami dalam beberapa cara. Butiran perhubungan di bawah.

    Ramizan Ramli

    • Street :Aspirasi,Kuching
    • Person :Ramizan
    • Phone :+6 014 585 6377
    • Country :Kuching
    • Email :Ramizan.sarawak@gmail.com

    Update later.

    Coming Soon.